Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lima Mat Rempit Termasuk Dua Pelajar Sekolah Ditahan

Published: 11 Aug 2018 1.00 PM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Butterworth, 11 Ogos 2018 - Lima remaja lelaki termasuk dua pelajar Tingkatan Lima yang sedang leka merempit ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini awal pagi ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-mat-rempit-termasuk-dua-pelajar-sekolah-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:47 MYT

Butterworth, 11 Ogos 2018 - Lima remaja lelaki termasuk dua pelajar Tingkatan Lima yang sedang leka merempit ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam operasi bermula 12 tengah malam tadi dan tamat enam jam kemudian itu, polis menahan lima mat rempit berumur 17 hingga 19 tahun.

"Lima remaja yang sedang leka merempit dengan melakukan pelbagai aksi berbahaya itu tidak menyedari kegiatan mereka dipantau pihak polissebelumsemuanya ditahan untuk siasatan lanjut," katanya di sini hari ini.

Beliau memberi amaran kepada mat rempit yang selalu menjadikan kawasan itu sebagai lokasi merempit dan berlumba haram agar menghentikannya kerana polis akan mengambil tindakan berterusan di kawasan BORR bagi membanteras kegiatan itu

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pihaknya menjalankan Op Samseng Jalanan di kawasan Bandar Perda, Bukit Mertajam bermula 6 petang semalam dan tamat tiga jam kemudian.

Katanya dalam operasi itu sebanyak77 motosikal diperiksa dan 44 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tidak memakai topi keledar, melanggar lampu isyarat, tiada lesen memandu serta cukai jalan tamat tempoh.

"Operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha membendung kegiatan mat rempit dan jenayah jalanan di kawasan itu," katanya.

- BERNAMA

ArticlePublished 11 Aug 2018 1.00 PMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM