Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lima Lelaki Ditahan Rampas Tiga Senjata Api Buatan Sendiri 20140619

Published: 19 Jun 2014 12.48 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tawau, 4 Feb - Polis menahan lima lelaki dan merampas tiga laras senjata api buatan sendiri dekat hutan simpan Gunung Rara, Kalabakan semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-lelaki-ditahan-rampas-tiga-senjata-api-buatan-sendiri-20140619
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:03 MYT

Tawau, 4 Feb - Polis menahan lima lelaki dan merampas tiga laras senjata api buatan sendiri dekat hutan simpan Gunung Rara, Kalabakan semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata kesemua lelaki yang berumur antara 32 dan 53 tahun itu ditahan kira-kira 8.20 pagi dalam 'Ops Buru' oleh sepasukan pegawai Jabatan Perhutanan.

"Mereka ditahan ketika menaiki sebuah kenderaan semasa menuju ke kawasan hutan simpan itu. Semasa pemeriksaan, polis menemui tiga laras senjata api buatan sendiri itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata mereka dipercayai cuba memburu di kawasan hutan simpan itu.

Kesemua mereka ditahan reman selama seminggu bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960, katanya. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 12.48 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM