Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lima Lelaki Ditahan Pecah Amanah Hasil Sawit

Published: 19 Jun 2014 1.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 19 Feb - Lima lelaki yang disyaki cuba menyeleweng 70 tan hasil kelapa sawit yang berupa dedak kepada pihak luar ditahan di kawasan Gebeng dan Jalan Semambu di sini awal pagi tadi...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-lelaki-ditahan-pecah-amanah-hasil-sawit
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:20 MYT

Kuantan, 19 Feb - Lima lelaki yang disyaki cuba menyeleweng 70 tan hasil kelapa sawit yang berupa dedak kepada pihak luar ditahan di kawasan Gebeng dan Jalan Semambu di sini awal pagi tadi.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, ACP Azmi Ibrahim berkata penahanan dibuat setelah sepasukan anggota polis marin bersama lapan anggota pegawai Lembaga Minyak Sawit Malaysia menyerbu dua lokasi tersebut pada pukul 3 pagi.

"Di Gebeng, kita menahan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun dengan muatan dedak kelapa sawit sebanyak 13 tan yang memasuki kawasan berpagar di belakang sebuah syarikat di Jalan Pintasan," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata pemandu tersebut mengakui muatan yang dibawanya itu sepatutnya dihantar ke Pelabuhan Kuantan, namun dia membawa keluar muatan itu dari pelabuhan untuk dijual kepada pihak lain.

Di lokasi tersebut, tiga lelaki yang sedang memasukkan dedak sebanyak 44 tan ke dalam guni yang dipercayai untuk dijual kepada pihak lain ditahan.

Azmi berkata dalam serbuan di Jalan Semambu, pihaknya menahan sebuah lori yang membawa muatan dedak sawit seberat 13 tan yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun.

Kedua-dua pemandu tersebut melakukan pecah amanah dan mereka telah diserahkan kepada pihak polis untuk diambil tindakan lanjut, katanya.

Beliau berkata hasil kelapa sawit yang dirampas itu bernilai RM46,670. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM