Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lima Individu Direman Berhubung Pesta Sukan Bogel

Published: 17 Aug 2014 12.49 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Lima individu termasuk seorang lelaki Singapura direman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes pesta sukan bogel yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-individu-direman-berhubung-pesta-sukan-bogel
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:55 MYT
George Town, 17 Ogos - Lima individu termasuk seorang lelaki Singapura direman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes pesta sukan bogel yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata rakyat Singapura berusia 30-an itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya pagi semalam.

"Kelima-lima mereka iaitu dua wanita dan tiga lelaki berusia antara 24 dan 57 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret George Town pada pukul 11 pagi untuk mendapatkan perintah tahanan reman," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kesemua mereka termasuk dua yang disyaki penganjur pesta itu menyerah diri sekitar pukul 10.30 pagi dan 6 petang semalam.

Lai berkata sehingga kini tujuh daripada 15 individu yang disyaki terlibat dalam pesta itu ditahan.

Pesta itu hangat diperkatakan apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk 'Pesta Bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang' tersebar di laman sosial memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan, menari serta mengadakan acara sukan dalam keadaan bogel di pantai berkenaan.- BERNAMA
ArticlePublished 17 Aug 2014 12.49 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM