Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lima Ditahan Di Rumah Kosong

Published: 18 Jun 2014 6.31 AM Updated: 15 Aug 2026 7.34 PM
Rumah kosong yang dijadikan ‘port’ untuk bersembunyi oleh lima penjenayah selepas memecah masuk sebuah rumah dan mencederakan pasangan adik beradik di Kampung Serom 2 tiga hari lalu diserbu pihak poli..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-ditahan-di-rumah-kosong
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:57 MYT

Rumah kosong yang dijadikan ‘port’ untuk bersembunyi oleh lima penjenayah selepas memecah masuk sebuah rumah dan mencederakan pasangan adik beradik di Kampung Serom 2 tiga hari lalu diserbu pihak polis hasil maklumat orang awam dan risikan yang dijalankan.

Timbalan Ketua Polis Ledang, Deputi Superintendan Mohd Salleh Razak berkata kelima-lima suspek yang ditahan berusia 20 hingga 25 tahun dan berasal dari Sungai Mati.

Semakan rekod lampau mendapati dua daripada suspek yang ditahan mempunyai kesalahan lampau dalam jenayah dan dadah antara curi motosikal, pecah masuk bangunan dan memiliki harta curi.

Lima Ditahan Di Rumah Kosong
Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian

ArticlePublished 18 Jun 2014 6.31 AMUpdated 15 Aug 2026 7.34 PM