Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lima Ahli Geng Luqman Dicekup

Published: 22 Aug 2018 2.33 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kelicikan sekumpulan lima lelaki dikenali Geng Luqman menyamun pasar raya mini dan rumah di dua daerah di Melaka hanya bertahan kira-kira sebulan selepas mereka diberkas polis baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-ahli-geng-luqman-dicekup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:59 MYT

 

Kelicikan sekumpulan lima lelaki dikenali Geng Luqman menyamun pasar raya mini dan rumah di dua daerah di Melaka hanya bertahan kira-kira sebulan selepas mereka diberkas polis baru-baru ini.

Kesemua suspek berusia 19 hingga 25 tahun termasuk dalang utamanya dikenali Luqman ditahan secara berasingan dalam operasi khas di Kampung Padang Kerbau, Durian Tunggal pada Khamis lalu.

Polis turut merampas pelbagai barangan disyaki hasil samun antaranya telefon bimbit, beg sandang, motosikal, topi keledar, sebilah parang dan pisau.

Siasatan awal mendapati kumpulan itu terlibat dalam jenayah tersebut sejak Julai lalu.

Sumber: Kosmo

ArticlePublished 22 Aug 2018 2.33 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM