Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lima 25 Kpn Rai 1 682 Petugas Pdrm Dalam Majlis Makan Malam

Published: 24 May 2025 5.36 PM Updated: 15 Aug 2026 8.00 PM
Langkawi, 24 Mei 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain malam tadi telah meraikan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas sepanjang Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25), dalam satu majlis makan malam sempena penutupan acara dwi tahunan itu di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-25-kpn-rai-1-682-petugas-pdrm-dalam-majlis-makan-malam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:26 MYT
Langkawi, 24 Mei 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain malam tadi telah meraikan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas sepanjang Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25), dalam satu majlis makan malam sempena penutupan acara dwi tahunan itu di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi, di sini.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim merangkap Pengerusi Urus Setia Induk LIMA Bukit Aman.

Dalam ucapannya, Tan Sri Razarudin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 1,682 petugas PDRM yang telah memastikan kelancaran serta kejayaan penganjuran LIMA’25, sambil menyifatkan mereka sebagai ‘duta kecil’ Sang Saka Biru.
"Berteraskan peranan dan tanggungjawab yang sama, iaitu sebagai Sekretariat Keselamatan dan Lalu Lintas LIMA, PDRM diiktiraf masih relevan dan signifikan dengan kecemerlangan dalam menyempurnakan penugasan berkenaan," ujar beliau.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa kerja yang dipengerusikan oleh Dato' Azmi dan Polis Kontinjen Kedah atas gerak kerja yang cemerlang sepanjang acara berprestij berlangsung.

LIMA’25 edisi ke-17 menyaksikan kekuatan keanggotaan dan aset Pasukan yang mencukupi telah digerakkan bagi memastikan keselamatan, ketenteraman awam serta kelancaran pelbagai acara sepanjang penganjuran.

Turut hadir, Ketua Polis Kedah, CP Dato' Fisol Salleh, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am), Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah, Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari, Komandan PULAPOL Langkawi, ACP Mohd Junaidi Mat Akhir dan ahli-ahli PERKEP Kontinjen Kedah.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Koperal Irfan Bujang, Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery, Lans Koperal Muhammad Syafiq Abu Bakar dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi.

May be an image of 5 people and text

May be an image of 10 people and text that says 'PULAPOL PULAPOL/Langkam Langka 宇計'

May be an image of 2 people, dais and text that says '1MΑ25 ANGRARI បក្ា दराम 우거스 IS F naPuu, 당 PULAPOL PULAPOLLANGKAWI LANGKAWI K

May be an image of 3 people and text

May be an image of 9 people


ArticlePublished 24 May 2025 5.36 PMUpdated 15 Aug 2026 8.00 PM