Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Idola Miang

Diterbitkan: 25 May 2025 1.09 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.00 PM
Petaling Jaya, 25 Mei 2025 - Kegiatan antun seksual atau "child grooming" terhadap kanak-kanak melalui internet melibatkan golongan berpengaruh kini dilihat semakin berleluasa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-idola-miang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:26 MYT

Petaling Jaya, 25 Mei 2025 - Kegiatan antun seksual atau "child grooming" terhadap kanak-kanak melalui internet melibatkan golongan berpengaruh kini dilihat semakin berleluasa.

Mereka menggunakan populariti di media sosial untuk mendekati dan mendapatkan kepercayaan daripada mangsa berusia 18 tahun ke bawah sebelum melakukan perkara yang tidak senonoh.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Siti Kamsiah Hassan berkata, lebih 30 peratus daripada jumlah keseluruhan kes seksual kanak-kanak yang diterima melibatkan individu berpengaruh atau mereka yang dianggap idola.

“Mereka ini mempunyai pengaruh di media sosial dan menjadi idola kepada kelompok-kelompok tertentu.

"Jadi lebih mudah untuk mereka mendekati, mengeksploitasi dan mendapatkan kepercayaan daripada mangsa terutama kanak-kanak.

"Kes-kes sebegini memang semakin meningkat disebabkan idola atau mereka yang berpengaruh ini tumbuh seperti cendawan di plattorm media sosial berbanding dulu,” katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of ‎text that says '‎KOSMO!Ahad Idola miang Lebih peratus yane dlangcap idola. kess seksual diterima mem PDRM Mmelibatkan ngaruh pe- ke

May be an image of 1 person and text


ArtikelDiterbitkan 25 May 2025 1.09 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.00 PM