
Artikel
Lima 2023 Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Pengerusi Eksekutif Rajawali Aerospace Sdn Bhd
Langkawi, 26 Mei 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Eksekut...
Langkawi, 26 Mei 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Eksekutif Rajawali Aerospace Sdn. Bhd., Brigedier Jeneral (Bersara) Dato' Richard Robless di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, di sini.
Sesi kunjungan hormat itu bersempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2023 yang bakal melabuhkan tirainya esok.
Yang turut hadir dalam sesi kunjungan hormat itu ialah Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM Bukit Aman, DCP Mohd Nasri Omar, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Supramaniam Ramasamy dan Director, Asia Pacific Strategies Inisiatives and Relationships Sales and Marketing Sikorsky Aircraft, Mr. Shawn R. Cornell.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.







