
Artikel
Lima 2023 Timbalan Kpn Rai Barisan Petugas Di Majlis Makan Malam Pdrm
Langkawi, 27 Mei 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain malam tadi meraikan hampir 1,000 warga Pasukan yang bertugas d...
Langkawi, 27 Mei 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain malam tadi meraikan hampir 1,000 warga Pasukan yang bertugas dalam Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2023 di Majlis Makan Malam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ketua Polis Negara (KPN) dekat Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi, di sini.
Majlis meraikan para petugas sekretariat keselamatan LIMA 2023 itu turut dihadiri Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Zainah Othman, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan bersama isteri, Datin Seri Nor Adila Abdul Majid serta Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad bersama isteri, Datin Sarihah Jusoh.
Pada majlis itu, Tan Sri Razarudin yang mewakili KPN, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menzahirkan penghargaan Pasukan buat para petugas yang telah memastikan pameran dwi tahunan peringkat antarabangsa itu berjalan lancar dan cemerlang.
"Saya amat berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua petugas PDRM. Selain melaksanakan tugas yang diamanahkan, tuan-tuan dan puan-puan juga merupakan 'duta kecil' yang membawa imej PDRM di mata dunia.
"Untuk itu, saya berterima kasih sekali lagi kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah menjalankan tanggungjawab dengan baik", ucap beliau.
Menerusi LIMA edisi ke-16 kali ini, PDRM telah menggerakkan seramai 1,694 petugas bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara, selain terlibat dalam melancarkan pelbagai acara.
Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, CP Dato' Nerita Yaakob, Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, DCP Mohd Nasri Omar dan Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Dato' Mohd Roze Shaari bersama isteri, Dato' Nor Faizah Zainal.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin