
Article
Lima 2023 Tan Sri Razarudin Dan Puan Sri Zainah Lawat Ruang Pameran Di Miec
Langkawi, 26 Mei 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Pu...
Langkawi, 26 Mei 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Zainah Othman hari ini melawat beberapa ruang pameran yang disediakan dalam Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini.
Antara ruang pameran yang sempat dikunjungi tadi ialah National Aerospace and Defence Industry, Sapura Secured Technologies, EDGE Group PJSC dan Kementerian Pertahanan.
Yang turut hadir mengiringi beliau tadi ialah Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, CP Dato' Nerita Yaacob, Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, DCP Mohd Nasri Omar dan Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato' Kamaruzzaman Abdullah.
Jurugambar: Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin


















