
Article
Lima 2023 Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Negara Luar
Langkawi, 23 Mei 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini menerima kunjungan hormat beberapa delegasi luar negara yang...
Langkawi, 23 Mei 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini menerima kunjungan hormat beberapa delegasi luar negara yang menyertai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa (LIMA 2023), di sini.
Delegasi luar negara tersebut ialah daripada Arab Saudi yang diketuai oleh Commander of Border Guard Region in Assir, Rear Admiral Sattam Dakhael D. Alharbi, Director of Tubitak Space Technologies Research Institute (Tubitak Uzay) Turkiye, Dr. Mesut Gokten dan Deputy Director General, Department of Security Industry, Vietnam's MPS, Lieutenant General Nguyen Duy Ngoc.
Kunjungan berlangsung di Bilik Kunjungan Hormat KPN di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri.
Hadir sama dalam kunjungan hormat tadi ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Azmi Kassim, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato' Kamaruzzaman Abdullah serta Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Suparamaniam Ramasamy.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.