Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lima 2023 Kpn Bersama Ketua Ketua Agensi Keselamatan Dan Pertahanan Negara Antarabangsa Hadir Perasmian Di Licc

Diterbitkan: 22 May 2023 5.04 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Langkawi, 23 Mei 2023 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani malam tadi hadir ke Majlis Perasmian Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC), di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-2023-kpn-bersama-ketua-ketua-agensi-keselamatan-dan-pertahanan-negara-antarabangsa-hadir-perasmian-di-licc
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:30 MYT
Langkawi, 23 Mei 2023 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani malam tadi hadir ke Majlis Perasmian Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC), di sini.
Majlis perasmian yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan dan Menteri Pengangkutan, Tuan Anthony Loke Siew Fook itu turut dihadiri rakan-rakan sejawatan mereka daripada luar negara, ketua-ketua agensi keselamatan dan pertahanan antarabangsa serta pempamer dari seluruh negara.
Bertemakan 'Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa', LIMA 2023 yang membuka tirainya hari ini mencatat sejarah sebagai paling besar penganjurannya selepas edisi tahun 2019.
Majlis pembukaan rasmi LIMA 2023 pula dijangka disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dekat Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, pagi esok.
Yang turut hadir, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Hj. Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Buang TUDM, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan serta Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

ArtikelDiterbitkan 22 May 2023 5.04 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM