
Article
Lima 2023 Helikopter As355 Pdrm Gagah Membelah Awan Di Usia 30 Tahun Operasi
Walaupun setelah 30 tahun PGU menggunakannya, namun helikopter "legend" itu masih gagah membelah awan sehingga kini dalam melakukan pelbagai operasi keselamata...
Langkawi, 25 Mei 2023 - Pesawat helikopter AS355 keluaran Syarikat Airbus Helicopters Sdn. Bhd. milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang digunakan oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) memasuki usia tiga dekad sejarah pengoperasiannya.
Sempena sambutan ulang tahun ke-30 operasi pesawat helikopter milik PDRM itu, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani petang tadi memenuhi jemputan keraian oleh Head of Airbus Helicopters APAC, Mr. Vincent Dubrul di ruang pameran Airbus di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini.
Berucap ringkas dalam majlis tadi, Tan Sri Acryl Sani menzahirkan setinggi-tinggi penghargaannya kepada Syarikat Airbus Helicopters Malaysia Sdn. Bhd. atas segala kerjasama yang dijalin bersama Pasukan selama ini.
Terdahulu di MIEC tadi, Tan Sri Acryl Sani hadir menjadi saksi kepada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi dalam memeterai nota kerja sama persefahaman (MoU) ttdi antara KDN dan Kementerian Pengangkutan.
Ia merupakan kerjasama strategik untuk pengurusan tempat kejadian, pengendalian siasatan dan latihan penyiasatan keselamatan, kemalangan dan insiden melibatkan kapal udara khususnya PDRM.
Ia merupakan kerjasama strategik untuk pengurusan tempat kejadian, pengendalian siasatan dan latihan penyiasatan keselamatan, kemalangan dan insiden melibatkan kapal udara khususnya PDRM.
MoU di antara Kementerian Pengangkutan dengan KDN itu turut disaksikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dengan Menteri Pengangkutan, Tuan Anthony Loke Siew Fook.
Seusai program jemputan tadi, Tan Sri Acryl Sani yang diiringi Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato' Mohd Hishamudin Tahar, Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad dan Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, DCP Mohd Nasri Omar melawat ruang pameran di MIEC.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin