Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lestarikan Prinsip Kepimpinan Melalui Teladan Kpn

Diterbitkan: 15 Mar 2018 1.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 15 Mac 2018 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyeru warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya kepada para pegawai dan penyelia agar sentiasa berpegang kepada prinsip ‘kepimpinan melalui teladan’ dalam memikul tanggungjawab seharian demi memastikan mutu perkhidmatan yang berkualiti sekaligus memberikan impak yang positif di mata masyarakat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lestarikan-prinsip-kepimpinan-melalui-teladan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:55 MYT

LESTARIKAN PRINSIP KEPIMPINAN MELALUI TELADAN – KPN

Kuala Lumpur, 15 Mac 2018 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyeru warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya kepada para pegawai dan penyelia agar sentiasa berpegang kepada prinsip ‘kepimpinan melalui teladan’ dalam memikul tanggungjawab seharian demi memastikan mutu perkhidmatan yang berkualiti sekaligus memberikan impak yang positif di mata masyarakat.

Berucap sempena Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman sebentar tadi, beliau menjelaskan bahawa pembentukan diri sebagai pemimpin yang berwibawa dan disegani ini secara tidak langsung akan mengukuhkan semangat kerjasama serta kesefahaman untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam pasukan.

Tambah beliau lagi, kenaikan pangkat seumpama ini merupakan satu amanah yang perlu diterima dan pendorong untuk terus maju lagi kehadapan dalam melestarikan visi dan misi PDRM di masa kini dan akan datang.

“Laksanakanlah tanggungjawab yang diberikan dengan penuh amanah agar pangkat yang diberi membawa seribu keberkatan bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada seluruh ummah,” pesannya.

Majlis pemakaian pangkat pada hari ini menyaksikan Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Kepolisan Am), CP Dato’ Abdul Aziz Yusof mendahului 21 senarai individu disematkan lencana pangkat baharu oleh Tan Sri Mohamad Fuzi.

Antara individu lain yang turut disematkan pangkat adalah Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato’ Azman Yusof, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), DCP Dato’ Muhammad Azlee Abdullah, Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri, DCP Dato’ Yusoff Mohd Amin serta Ketua Pengarah Agensi Keselamatan Sempadan, Kementerian Dalam Negeri, DCP Dato’ Mohamad Ismail.
 
Hadir sama dalam majlis, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab, Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Asri Yusoff, pegawai-pegawai kanan PDRM serta wakil-wakil media.

1
Sesi bergambar kenangan.

2
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun ketika menyemat pangkat kepada Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Kepolisan Am), CP Dato’ Abdul Aziz Yusof.

3
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun ketika menyemat pangkat kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato’ Azman Yusof.

4
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun ketika menyemat pangkat kepada Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), Bukit Aman, DCP Dato’ Muhammad Azlee Abdullah.

5
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun ketika menyemat pangkat kepada Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri, DCP Dato’ Yusoff Mohd Amin.

ArtikelDiterbitkan 15 Mar 2018 1.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM