Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lemas Ketika Cuba Keluarkan Tali Pancing Tersangkut

Diterbitkan: 12 Jul 2016 6.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuantan, 12 Julai - Seorang pemancing lemas apabila dia cuba mengeluarkan tali pancingnya yang tersangkut di dalam sebuah kolam di Simpang Pelangai, Bentong petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lemas-ketika-cuba-keluarkan-tali-pancing-tersangkut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:01 MYT
Kuantan, 12 Julai - Seorang pemancing lemas apabila dia cuba mengeluarkan tali pancingnya yang tersangkut di dalam sebuah kolam di Simpang Pelangai, Bentong petang semalam.

Dia dipercayai terkena renjatan elektrik yang dipasang di dalam kolam tersebut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata mangsa ialah Norazli Ramli, 29, dari Sungai Gapoi Telemong, Karak.

"Dalam kejadian 6.30 petang itu, mangsa dipercayai terjun ke dalam lombong berkenaan setelah tali pancingnya tersangkut pada sangkar ikan.

"Namun dia tidak timbul-timbul sehingga menyebabkan anak saudaranya turut terjun ke dalam lombong bagi mencarinya, namun mangsa tidak ditemui.

"Anak saudara mangsa juga dilapor terkena renjatan elektrik menyebabkannya segera naik ke darat," katanya kepada Bernama.

Abang ipar mangsa, Addy Saiful Mohd Sies, 29, kemudiannya membuat laporan polis pada pukul 10.35 malam.

Mohamad Mansor berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan pada pukul 8 pagi tadi oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Karak dan berjaya menemui mayat mangsa pada pukul 10.20 pagi, kira-kira 12 meter dari tebing kolam sedalam tiga meter itu. 

Mayat mangsa yang bekerja sendiri dihantar ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat. 

Mohamad Mansor berkata lombong itu beroperasi sekitar tahun 1960-an dan dijadikan kolam membela ikan talapia merah sejak 30 tahun lalu dengan terdapat kira-kira 120 buah sangkar.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 12 Jul 2016 6.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM