Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Warga Nigeria Ke Tali Gantung Edar Dadah Jenis Methamphetamine

Published: 31 Dec 2014 2.41 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
SHAH ALAM, 30 Dis - Seorang lelaki warga Nigeria dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 2150.4 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, empat tahun lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-warga-nigeria-ke-tali-gantung-edar-dadah-jenis-methamphetamine
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:37 MYT
LELAKI WARGA NIGERIA KE TALI GANTUNG EDAR DADAH JENIS METHAMPHETAMINE

SHAH ALAM, 30 Dis - Seorang lelaki warga Nigeria dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 2150.4 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, empat tahun lepas. 

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu ke atas Ibe Godwin Uzochukwu, 37, setelah berpuas hati dengan hujahan pihak pendakwaan yang berjaya mengemukakan kes melampaui keraguan munasabah.

Abdul Halim dalam penghakimannya berkata mahkamah mendapati pembelaan tertuduh lebih bersifat penafian semata-mata. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Laluan Keluar, Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA, kira-kira pukul 4.30 petang pada 1 Julai 2011.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2), akta sama yang membawa hukuman mati mandatori. 

Sebanyak enam orang saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil sepanjang kes perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam bela Luqman Mazlan. - BERNAMA
ArticlePublished 31 Dec 2014 2.41 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM