Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Warga Nepal Ditahan Selepas Ugut Polis Dengan Pisau

Published: 02 Sep 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis berjaya menahan seorang lelaki warga Nepal selepas kira-kira dua jam mengugut anggota polis dengan pisau dan mencederakan dirinya di sebuah pangsapuri di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini awal pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-warga-nepal-ditahan-selepas-ugut-polis-dengan-pisau
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:38 MYT

Melaka, 2 Sept - Polis berjaya menahan seorang lelaki warga Nepal selepas kira-kira dua jam mengugut anggota polis dengan pisau dan mencederakan dirinya di sebuah pangsapuri di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata sebelum kejadian, lelaki berusia 30-an yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah kilang di sini dipercayai dalam keadaan mabuk sebelum bergaduh dengan beberapa rakan senegaranya yang menghuni rumah sama.

Beliau berkata suspek turut menumbuk cermin di rumah itu sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian tangannya.

"Polis menerima panggilan pada kira-kira 2 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian dan mangsa yang tiba-tiba panik dengan kehadiran polis mengambil pisau dan mengacukan kepada anggota terlibat.

"Polis juga bertindak mengepung laluan keluar di tingkat satu pangsapuri itu untuk menahannya yang semakin bertindak agresif sebelum berjaya ditahan pukul 4 pagi tadi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - BERNAMA

ArticlePublished 02 Sep 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM