Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Warga Emas Antara 13 Orang Ditahan Kerana Bermain Jud

Published: 18 Jun 2014 6.47 AM Updated: 15 Aug 2026 7.34 PM
Kangar, 19 Dis - Seorang warga emas berusia 65 tahun adalah antara 13 lelaki ditahan semasa sedang leka bermain judi belangkas di sebuah kawasan hutan di hujung Kampung Guar Syed Alwi, di sini hari in..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-warga-emas-antara-13-orang-ditahan-kerana-bermain-jud
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:09 MYT

Kangar, 19 Dis - Seorang warga emas berusia 65 tahun adalah antara 13 lelaki ditahan semasa sedang leka bermain judi belangkas di sebuah kawasan hutan di hujung Kampung Guar Syed Alwi, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar DSP Ismail Che Isa berkata tangkapan itu dibuat hasil serbuan di bawah Ops Dadu oleh 15 anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kangar di sebuah pondok di kawasan itu pada 6 pagi.

Beliau berkata semasa serbuan dibuat, polis percaya terdapat antara 20 hingga 30 lelaki berada di dalam pondok terbabit bagaimanapun hanya 13 orang berumur sekitar 18 hingga 65 tahun dapat ditahan manakala yang lain melarikan diri.

Polis percaya kumpulan berkenaan menggunakan pondok itu untuk bermain judi sejak sebulan lepas dengan menjalankan aktiviti bermula waktu malam hingga ke awal pagi, katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Ekoran tangkapan itu, polis turut merampas wang tunai sebanyak RM20,866, mata wang Thailand 20,644 Baht dan dolar Singapura S$5, katanya.

Di samping itu, kata Ismail, polis turut merampas sebuah generator yang digunakan untuk menghidupkan lampu di pondok berkenaan, peralatan bermain judi, kipas angin dan beberapa peralatan lain yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM6,000.

"Semua lelaki terbabit ditahan reman selama empat hari mulai hari ini dan akan didakwa di mahkamah 21 Dis ini," katanya.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 6.47 AMUpdated 15 Aug 2026 7.34 PM