Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Ugut Rompak Barang Kemas Ibu Tunggal Ditahan

Published: 02 May 2015 4.08 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
George Town, 2 Mei - Seorang lelaki yang disyaki mengugut seorang wanita sebelum melarikan barang kemas milik ibu tunggal itu, ditahan di Jalan Sungai di sini hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-ugut-rompak-barang-kemas-ibu-tunggal-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:40 MYT

George Town, 2 Mei - Seorang lelaki yang disyaki mengugut seorang wanita sebelum melarikan barang kemas milik ibu tunggal itu, ditahan di Jalan Sungai di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata suspek berusia 40-an itu ditahan susulan laporan yang dibuat wanita itu petang semalam.

"Ketika ditahan tengah hari tadi, suspek turut didapati cuba memeras ugut warga asing dengan menyamar sebagai anggota polis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian 17 April lepas, lelaki terbabit mengajak wanita berusia 44 tahun itu masuk ke dalam keretanya dengan alasan untuk berbincang mengenai urusan perniagaan.

Mior Faridalatrash berkata lelaki terbabit kemudian mengacu pisau dan mengugut mencederakan mangsa menyebabkan wanita yang ketakutan itu menyerahkan rantai leher, subang dan wang tunai dianggar bernilai RM10,500.

Beliau berkata lelaki yang turut mengugut untuk membunuh mangsa dan anak-anak wanita itu bagaimanapun berjanji akan mengembalikan barang yang diambilnya dalam tempoh dua minggu.

"Selepas lebih dua minggu mangsa tidak menerima semula barang miliknya, wanita itu membuat laporan petang semalam kerana bimbang keselamatan diri dan keluarganya," katanya.- BERNAMA

ArticlePublished 02 May 2015 4.08 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM