Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Tampar Teman Wanita Sehingga Maut Akibat Terjatuh Ditahan Reman

Published: 31 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Lelaki yang disyaki menampar teman wanitanya sehingga maut setelah terjatuh di lereng bukit di Bukit Permai 1, Taman Bukit Permai, Ampang, ditahan reman selama seminggu untuk membantu siasatan polis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-tampar-teman-wanita-sehingga-maut-akibat-terjatuh-ditahan-reman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:33 MYT

Kuala Lumpur, 31 Okt- Lelaki yang disyaki menampar teman wanitanya sehingga maut setelah terjatuh di lereng bukit di Bukit Permai 1, Taman Bukit Permai, Ampang, ditahan reman selama seminggu untuk membantu siasatan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Supt Nazri Nawawi berkata suspek yang berusia 30-an, direman sejak semalam sehingga Jumaat depan.

"Menurut seorang saksi yang melihat kejadian 12.50 tengah malam semalam, mangsa dan suspek dilihat bergaduh sebelum mangsa ditampar dan terjatuh ke lereng bukit dari ketinggian 26 meter," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Nazri berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.- BERNAMA

ArticlePublished 31 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM