Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Sri Lanka Ditahan Samun Cabul Dua Mangsa

Published: 22 Mar 2017 10.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis menahan seorang lelaki warganegara Sri Lanka di Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda, Tampoi di sini kelmarin dipercayai terlibat dengan kes samun dan mencabul kehormatan dua wanita tempatan baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-sri-lanka-ditahan-samun-cabul-dua-mangsa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:00 MYT

Johor Bahru 22 Mac 2017 - Polis menahan seorang lelaki warganegara Sri Lanka di Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda, Tampoi di sini kelmarin dipercayai terlibat dengan kes samun dan mencabul kehormatan dua wanita tempatan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, suspek berusia 38 tahun itu ditahan pada pukul 6.30 petang selepas pihaknya menerima laporan polis tentang kejadian itu.

Katanya, berdasarkan laporan polis yang pertama pada Ahad lalu, mangsa berusia 51 tahun yang bekerja sebagai operator pengeluran sebuah kilang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Bandar Baru Uda.

"Sebaik turun dari bas dan melalui tepi Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda, mangsa telah disamun dan kerugian sebuah telefon bimbit, RM80 serta kad bank. Mangsa ditemukan orang awam di tepi jalan dalam keadaan cedera akibat dipukul dan ditumbuk oleh suspek.

"Berdasarkan laporan polis kedua kelmarin, mangsa berusia 27 tahun hampir dirogol suspek ketika sedang menunggu bas di hentian Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda sebelum diselamatkan orang awam yang melalui kawasan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Sumber: http://m.utusan.com.my/berita/jenayah/lelaki-sri-lanka-ditahan-samun-cabul-2-mangsa-1.460272

ArticlePublished 22 Mar 2017 10.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM