Article
Lelaki Simpan Dadah Dalam Pek Susu Formula Ditahan
Tindakan seorang lelaki menyelit sekeping sampul angpau Tahun Baru Cina berisi sejumlah kecil syabu pada celah ketiak ternyata memakan diri sendiri apabila dia...
Tindakan seorang lelaki menyelit sekeping sampul angpau Tahun Baru Cina berisi sejumlah kecil syabu pada celah ketiak ternyata memakan diri sendiri apabila dia ditahan polis di pintu masuk lif di aras tiga sebuah pangsapuri di Jalan Raja Uda, Butterworth, malam Isnin Ialu.
Susulan tangkapan suspek berusia 48 tahun itu, polis berjaya menemui lebih 14 kilogram (kg) dadah termasuk yang siap dibungkus menggunakan pek susu formula bayi di dalam but kereta di tempat meletak kenderaan di pangsapuri berkenaan.
Penahanan lelaki tersebut juga telah membongkar satu sindiket memproses dan mengedar dadah yang dipercayai telah beroperasi sejak enam bulan lalu di kawasan Jalan Raja Uda.
Sumber : Kosmo