Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

LELAKI SIBUK BUNGKUS DADAH TERKEJUT DISERBU POLIS

Diterbitkan: 25 Feb 2015 2.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
JEMPOL: Seorang lelaki yang sibuk membungkus dadah dalam sebuah bilik di rumah ibunya dekat Kampung Baru Cina di sini, tergamam apabila diserbu pihak polis pada pukul 12.30 tengah hari kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-sibuk-bungkus-dadah-terkejut-diserbu-polis-20150225
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:27 MYT
JEMPOL:  Seorang lelaki yang sibuk membungkus dadah dalam sebuah bilik di rumah ibunya dekat Kampung Baru Cina di sini, tergamam apabila diserbu pihak polis pada pukul 12.30 tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, suspek memberikan kerjasama apabila menyedari kediaman tersebut sudah dikepung pihak polis.

"Hasil pemeriksaan, kami menemui beberapa paket dadah dalam seluar suspek," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, pihak polis yakin suspek membeli dadah dengan saiz yang besar dan sedang membungkus semula untuk saiz yang lebih kecil sebelum diedarkan di sekitar pekan Bahau.

"Kesemua dadah tersebut adalah jenis heroin dan dibungkus dalam 51 paket kecil dengan berat dianggarkan 79.92 gram," ujarnya.
LELAKI SIBUK BUNGKUS DADAH TERKEJUT DISERBU POLIS
Sumber: Kosmo
ArtikelDiterbitkan 25 Feb 2015 2.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM