Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Oku Antara Ditahan Terbabit Pengedaran Dadah

Published: 26 Aug 2016 10.21 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kajang, 26 Ogos 2016 - Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah antara lima ditahan selepas dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di sekitar Kajang dan Bangsar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-oku-antara-ditahan-terbabit-pengedaran-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:01 MYT
Kajang, 26 Ogos 2016 - Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah antara lima ditahan selepas dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di sekitar Kajang dan Bangsar.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata dalam serbuan di sebuah pangsapuri Seri Mewah, Taman Seri Mewah, di sini pada Isnin lepas, polis menahan lelaki OKU berkerusi roda itu bersama seorang lagi lelaki dan seorang wanita serta merampas 11 paket dadah dipercayai ganja mampat seberat 11 kilogram.

"Ketika serbuan dibuat, ketiga-tiga mereka sedang membungkus paket ganja yang dipercayai untuk dijual di sekitar Kajang dan Bangsar. 

"Hasil pemeriksaaan, polis menemui ganja yang dibalut kemas dengan kertas aluminium dan disembunyikan dalam sebuah beg di bawah katil dalam bilik di pangsapuri berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Dalam satu lagi serbuan berasingan di sebuah rumah di Bandar Rinching, dekat sini, polis turut menahan dua wanita serta merampas sebanyak 75 paket plastik lutsinar disyaki serbuk syabu seberat 8.6 gram. 

Beliau berkata semua yang ditahan itu berusia antara 29 dan 39 tahun. "Rampasan dadah itu dianggarkan bernilai RM26,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. - BERNAMA
ArticlePublished 26 Aug 2016 10.21 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM