Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Nigeria Ditahan Bersama Syabu Bernilai Rm125 000 Di L

Diterbitkan: 16 Jun 2014 8.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan seorang lelaki rakyat Nigeria dan merampas 500 gram dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM125,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP)..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-nigeria-ditahan-bersama-syabu-bernilai-rm125-000-di-l
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:23 MYT

GEORGE TOWN, 14 Januari 2012 (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki rakyat Nigeria dan merampas 500 gram dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM125,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini.

Lelaki berumur dalam lingkunga 30-an yang dipercayai terbabit dengan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa itu ditahan sebaik tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kira-kira pukul 3 petang.

Sepasukan anggota polis Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya menahan lelaki yang dalam keadaan mencurigakan itu dan hasil pemeriksaan terhadap lelaki itu, polis menemui syabu yang disembunyikan dalam beg pakaiannya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Mohd Zain ketika dihubungi Bernama mengesahkan kes itu dan berkata polis akan mengadakan sidang media berhubung kes itu dalam masa terdekat.

Beliau berkata lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 8.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM