Lelaki Nigeria Ditahan Bersama Syabu Bernilai Rm125 000 Di L
GEORGE
TOWN, 14 Januari 2012 (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki rakyat
Nigeria dan merampas 500 gram dadah jenis syabu bernilai kira-kira
RM125,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini.
Lelaki
berumur dalam lingkunga 30-an yang dipercayai terbabit dengan sindiket
penyeludupan dadah antarabangsa itu ditahan sebaik tiba dari Lapangan
Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kira-kira pukul 3 petang.
Sepasukan
anggota polis Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya
menahan lelaki yang dalam keadaan mencurigakan itu dan hasil pemeriksaan
terhadap lelaki itu, polis menemui syabu yang disembunyikan dalam beg
pakaiannya.
Ketua
Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Mohd Zain ketika dihubungi Bernama
mengesahkan kes itu dan berkata polis akan mengadakan sidang media
berhubung kes itu dalam masa terdekat.
Beliau berkata lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.