Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Miliki Tujuh Pistol Tiruan Ditahan

Diterbitkan: 18 Jun 2014 7.22 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.34 PM
Kota Baharu, 4 Jan - Seorang tenaga pengajar ditahan bersama tujuh pistol tiruan yang dibelinya dari negara jiran dan dipercayai mahu dijual menerusi laman sosial, semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-miliki-tujuh-pistol-tiruan-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:46 MYT

Kota Baharu, 4 Jan - Seorang tenaga pengajar ditahan bersama tujuh pistol tiruan yang dibelinya dari negara jiran dan dipercayai mahu dijual menerusi laman sosial, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Supt Idris Abd Rafar berkata lelaki berumur 26 tahun itu ditahan di dalam sebuah kenderaan di hadapan sebuah kedai runcit di Jalan Pasir Mas-Salor kira-kira pukul 1.30 petang.

"Kita menemui tujuh buah kotak yang bertulis G.29 AIRSOFT GUN. Setiap satunya mengandungi sepucuk pistol bersama kelopak, yang disembunyikan di dalam bonet kereta," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini hari ini.

Beliau berkata pistol tersebut dibeli dengan harga RM60 setiap  satu dan suspek dipercayai mahu menjualnya di laman sosial Facebook.

"Kami mendapati pistol itu dibeli di Sungai Golok, Thailand dan suspek menggunakan orang tengah yang dipercayai warga negara Thailand untuk mendapatkannya pistol tersebut," tambahnya.

Idris berkata suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang jika sabit kesalahan boleh di penjara selama setahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata orang ramai perlu memohon lesen jika ingin memiliki pistol tiruan walaupun sekadar untuk digunakan bagi tujuan sukan seperti permainan paintball.
 
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 7.22 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.34 PM