Article
Lelaki Mengaku Curi Duit Masjid Dijel
Shah Alam, 11 Nov - Akibat mencuri wang berjumlah RM55 dari tabung derma sebuah masjid, hujung tahun lalu, seorang juru elektrik hari ini dihukum penjara tiga...
Shah Alam, 11 Nov - Akibat mencuri wang berjumlah RM55 dari tabung derma sebuah masjid, hujung tahun lalu, seorang juru elektrik hari ini dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.
Mohammad Ridzuan Daud, 38, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah mencuri wang tersebut kira-kira pukul 11 malam, 17 Oktober 2013 di Masjid Al-Bakri, Bukit Naga disini.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rustam Sanip mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda.
Sumber: Utusan Malaysia