Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Maut Selepas Rempuh Kereta Polis

Diterbitkan: 17 Oct 2014 8.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Shah Alam, 17 Oktober, - Seorang lelaki ditembak mati selepas merempuh kenderaan polis ketika cuba ditahan di Persiaran Panglima Hitam di sini, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-maut-selepas-rempuh-kereta-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:15 MYT
Shah Alam, 17 Oktober, - Seorang lelaki ditembak mati selepas merempuh kenderaan polis ketika cuba ditahan di Persiaran Panglima Hitam di sini, kelmarin.

Suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu lebih awal melepaskan dua das tembakan ke arah polis dengan satu daripadanya mengenai kenderaan polis sebelum ditembak mati di tempat kejadian pada kira-kira jam 11,30 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah, berkata sepasukan polis yang melakukan rondaan cegah jenayah menemui sebuah kereta berada dalam keadaan mencurigakan di Taman Sentosa Klang.

"Pasukan peronda menghampiri kenderaan itu untuk diperiksa tetapi suspek memecut kereta hingga ke Shah Alam.

“Tindakan lelaki itu menembak ke arah polis menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah suspek bagi mempertahankan diri" katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Mohd Adnan berkata, pemeriksaan dalam kereta suspek menemui sepucuk pistol, peluru, sarung tangan, topeng muka dan nombor pendaftaran kenderaan.

Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai sekurang-kurangnya 17 rekod jenayah jenayah lampau membabitkan kes samun dan penyalahgunaan dadah.

"Suspek pemah ditahan dua kali mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) manakala siasatan ke atas kenderaan dipandu suspek mendapati ia dilaporkan hiiang di Bandar Sunway, Subang Jaya,"katanya.

Lelaki Maut Selepas Rempuh Kereta Polis
Sumber: Berita Harian
ArtikelDiterbitkan 17 Oct 2014 8.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM