Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Maut Kereta Bertembung Pacuan Empat Roda

Published: 05 Aug 2016 7.07 AM Updated: 15 Aug 2026 7.26 PM
Kota Tinggi, 5 Ogos - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Kilometer 3, Jalan Tanjung Sedili-Sedili Kecil di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-maut-kereta-bertembung-pacuan-empat-roda
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:26 MYT

Kota Tinggi, 5 Ogos - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Kilometer 3, Jalan Tanjung Sedili-Sedili Kecil di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata dalam kejadian kira-kira 4.10 petang itu, Tey Teng Soon, 49, dari Segamat Baru, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang memandu berseorangan menghala ke Sedili Kecil dari Tanjung Balau telah memasuki haluan bertentangan sebelum bertembung dengan 4WD yang menghala ke Tanjung Balau dari arah Sedili Kecil.

Pemandu 4WD, Tan Wei Keong, 44, tidak cedera.- BERNAMA

ArticlePublished 05 Aug 2016 7.07 AMUpdated 15 Aug 2026 7.26 PM