Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Kelar Penuntut Uitm Direman Tujuh Hari

Diterbitkan: 03 Feb 2015 7.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ipoh, 3 Feb - Suspek lelaki yang mengelar leher penuntut perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang semalam, ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-kelar-penuntut-uitm-direman-tujuh-hari
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:20 MYT
Ipoh, 3 Feb - Suspek lelaki yang mengelar leher penuntut perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang semalam, ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Supt Ismail Che Isa berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

"Kes ini tiada melibatkan samun dan siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari, mangsa Nursyuhada Johari, 20, bersama teman lelakinya itu, menaiki kereta jenis Proton Perdana menghala arah selatan.

Pasangan tersebut dikatakan bertengkar di dalam kenderaan sebelum kereta itu berhenti dan mangsa kemudian keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas jalan.

Suspek kemudian keluar dan cuba menarik gadis terbabit ke kiri jalan sebelum mela­rikan diri ke hutan berhampiran, namun orang ramai yang menyedari kejadian itu bertindak memberkas suspek dan menyerahkannya kepada polis.

Nursyuhada disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar kira-kira 2 petang.
- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 03 Feb 2015 7.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM