Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Kantoi Miliki Dadah

Published: 04 Apr 2016 1.51 AM Updated: 15 Aug 2026 7.31 PM
Polis menemui tiga jenis dadah bernilai kira-kira RM2500 dalam sebuah beg kain selepas sebuah Perodua Viva dipandu seorang leiaki terbabas memasuki parit di Kilometer 54 lalan Teluk Intan-Klang, Sabak Bernam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-kantoi-miliki-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:59 MYT

Polis menemui tiga jenis dadah bernilai kira-kira RM2500 dalam sebuah beg kain selepas sebuah Perodua Viva dipandu seorang leiaki terbabas memasuki parit di Kilometer 54 lalan Teluk Intan-Klang, Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bemam, Supt. Nor Azmi Isa berkata, kereta lelaki berkenaan ditemui terbabas oleh seorang Pegawai Penyiasat Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polls Daerah (IPD) Sabak Bernam, Insp. Afiq Azhar Azrul Hardav yang kebetulan melalui jalan itu selepas pulang dan tugas rasmi.

Pemeriksaan lanjut polis di dalam kereta itu menemui sebuah beg kain yang ada paket plastik lutsinar mengandungi dadah. Tiga jenis dadah ditemui iaitu syabu seberat 25.77gram bernilai RM1,500, heroin seberat 50.69 gram bernilai RM500 dan ganja seberat 2.39 gram bernilai RM500.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Sinar Harian

Lelaki Kantoi Miliki Dadah
ArticlePublished 04 Apr 2016 1.51 AMUpdated 15 Aug 2026 7.31 PM