Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Gila Serang Polis Ditahan

Published: 19 May 2015 2.50 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang lelaki kurang siuman sanggup mengayuh basikal sejauh kira-kira 40 kilometer dengan membawa bersama pelbagai senjata berbahaya kononnya untuk menenangkan fikiran di kawasan tandas sebuah stesen minyak di Tanjung Aru, Kota Kinabalu, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-gila-serang-polis-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:55 MYT


Seorang lelaki kurang siuman sanggup mengayuh basikal sejauh kira-kira 40 kilometer dengan membawa bersama pelbagai senjata berbahaya kononnya untuk menenangkan fikiran di kawasan tandas sebuah stesen minyak di Tanjung Aru, Kota Kinabalu, kelmarin.

Tindakan kurang senonoh lelaki berusia 24 tahun itu yang mengganggu beberapa wanita yang ingin ke tandas membawa padah apabila dicekup selepas berlaku pergelutan dengan anggota polis yang cuba menahannya dalam kejadian kira-kira pukul 11.55 malam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata, siasatan awal mendapati, lelaki itu dilihat berlegar-legar di kawasan tandas perempuan dan telah mengganggu pelanggan wanita yang ingin ke tandas.

Sumber : Kosmo

Lelaki Gila Serang Polis Ditahan
ArticlePublished 19 May 2015 2.50 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM