Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Dua Rakan Proses Daun Ketum Dicekup

Published: 13 Oct 2015 3.08 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang lelaki bersama dua rakannya yang mampu hidup mewah dengan memperoleh pendapatan lumayan lebih RM10,000 sebulan berjaya dicekup polis di Ayer Hitam, Jitra, pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-dua-rakan-proses-daun-ketum-dicekup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:42 MYT

Seorang lelaki bersama dua rakannya yang mampu hidup mewah dengan memperoleh pendapatan lumayan lebih RM10,000 sebulan berjaya dicekup polis di Ayer Hitam, Jitra, pagi semalam.

Lelaki berusia 40 tahun itu mendapat pendapatan lumayan hasil menjual serbuk daun ketum yang siap diproses ke negara jiran sejak enam bulan lalu. Suspek turut mengupah rakannya yang masing-masing berusia 22 dan 28 tahun. Suspek memperoleh daun ketum di sekitar kawasan berhampiran dan menjemur daun itu sehingga kering sebelum memproses menjadi serbuk di sebuah rumah rakannya di kawasan Ayer Hitam.

Kegiatan itu akhirnya terbongkar apabila sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu bersama anggota dari Balai Polis Ayer Hitam menyerbu rumah berkenaan kira kira jam 11.50 pagi semalam.

Hasil serbuan menemui sebuah besen mengandungi 4.5 kilogram (kg) serbuk daun ketum yang dipercayai baru diproses dan 13 paket serbuk ketum seberat kira-kira 12 kg di dalam rumah dua tingkat separa batu dan papan itu.

Sumber : Harian Metro

Lelaki Dua Rakan Proses Daun Ketum Dicekup
ArticlePublished 13 Oct 2015 3.08 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM