Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Ditahan Miliki Syabu

Published: 01 Feb 2017 2.05 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kunak, 1 Feb. 2017 - Seorang lelaki tempatan ditahan selepas didapati memiliki dadah jenis syabu seberat 53.36 gram dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Idaman dekat sini, petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-ditahan-miliki-syabu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:46 MYT

LELAKI DITAHAN MILIKI SYABU

Kunak, 1 Feb. 2017 - Seorang lelaki tempatan ditahan selepas didapati memiliki dadah jenis syabu seberat 53.36 gram dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Idaman dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata lelaki berusia 33 tahun itu ditahan dalam sebuah kereta jenis Proton Waja kelabu di hadapan rumah terbabit kira-kira jam 6 petang selepas dilihat berkeadaan mencurigakan.

"Siasatan lanjut polis membawa kepada penemuan 70 paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah syabu bersama lipatan kertas aluminium seberat 53.36 gram dianggar bernilai RM3,735.

"Turut dirampas, wang tunai berjumlah RM2,246 dan kereta milik suspek untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, pagi ini.

Nasaruddin berkata, suspek ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 7, Pelucuthakan Harta (PH) 1988, akta yang sama.

Sumber: https://www.bharian.com.my/node/242510 

ArticlePublished 01 Feb 2017 2.05 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM