Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Ditahan Miliki Perahu Curi

Published: 19 Jun 2014 2.08 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Komander PPM Wilayah 4, ACP Mohamad bin Madun berkata semasa menjalankan Op Cantas PPM Tawau telah menahan sebuah perahu berwarna putih/merah dalam keadaan mencurigakan...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-ditahan-miliki-perahu-curi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:37 MYT
Tawau, 28 Feb – Seorang lelaki yang dipercayai memiliki sebuah perahu serta enjin curi ditahan oleh anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau ketika sedang menjalankan Op Cantas Khas di kawasan Laut Tinagat pagi semalam.

Komander PPM Wilayah 4, ACP Mohamad bin Madun berkata semasa menjalankan Op Cantas PPM Tawau telah menahan sebuah perahu berwarna putih/merah dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati juragan tersebut gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah dan sebarang dokumen berkaitan enjin sangkut jenis Yamaha 15 HP,” katanya lagi.

Kesemua barang rampasan termasuk perahu dan enjin sangkut dianggarkan bernilai RM5,000.

Tangkapan dan rampasan dibawa ke Pangkalan Pasukan Polis Marin Tawau untuk tindakan lanjut.

Lelaki Ditahan Miliki Perahu Curi

Sumbur: IPK Sabah
ArticlePublished 19 Jun 2014 2.08 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM