Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Ditahan Miliki Dadah

Published: 15 May 2018 4.01 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Mukah, 15 Mei 2018 – Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah berjaya menyelongkar kegiatan seorang lelaki berusia 20 tahun yang kelihatan mencurigakan di hadapan sebuah rumah bertempat di sebuah Kampung Kuala Lama Mukah, minggu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-ditahan-miliki-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:31 MYT

Mukah, 15 Mei 2018 – Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah berjaya menyelongkar kegiatan seorang lelaki berusia 20 tahun yang kelihatan mencurigakan di hadapan sebuah rumah bertempat di sebuah Kampung Kuala Lama Mukah, minggu lalu.

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah, ASP Augustine Gaja Anak Lakong memaklumkan, sebanyak 58 paket plastik kecil lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Meth (50.83 gram) dan 12 paket plastik kecil lutsinar dipercayai dadah jenis ganja dengan berat kasar 24.60 gram telah dijumpai hasil pemeriksaan pihak polis ke atas beg silang yang digunakan oleh suspek semasa pemeriksaan dilakukan.

Hasil pemeriksaan air kencing, suspek negetif daripada dadah. Suspek telah dibawa ke IPD Mukah untuk siasatan lanjut dan perintah reman telah diperolehi ke atas suspek bagi membolehkan pihak polis meneruskan siasatan.

 
ArticlePublished 15 May 2018 4.01 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM