Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Ditahan Miliki Dadah Bernilai Rm28 000

Published: 17 Jun 2014 2.31 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Ketika ditahan lelaki itu berada di luar rumah berhampiran sebuah kereta dan hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut pihak polis menemui satu bungkusan mengandungi 12 botol yang dipercayai dadah..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-ditahan-miliki-dadah-bernilai-rm28-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:37 MYT

Kuala Terengganu, 3 April - Polis Terengganu mematahkan kegiatan pengedaran dadah oleh seorang lelaki di daerah ini dan merampas dadah jenis heroin dan pil kuda bernilai RM28,000 di Kampung Tok Pong Chendering di sini, Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Md Tahir Kasim berkata suspek yang berusia 38 tahun, ditahan sepasu
kan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) pada 10.45 pagi.

"Ketika ditahan lelaki itu berada di luar rumah berhampiran sebuah kereta dan hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut pihak polis menemui satu bungkusan mengandungi 12 botol yang dipercayai dadah jenis heroin," katanya kepada Bernama.

Siasatan di rumah suspek yang menganggur itu menemui 1,504 pil kuda yang disorokkan di dalam sebuah bilik. "Kita percaya suspek aktif mengedar dadah di sekitar kawasan Kuala Terengganu dan kini pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut sama ada suspek bergerak sendiri atau mempunyai rangkaian lain," katanya.

Md Tahir berkata suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan. - BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 2.31 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM