Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Ditahan Menyamar Anggota Polis

Published: 18 Feb 2016 12.48 PM Updated: 15 Aug 2026 7.32 PM
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyamar sebagai anggota polis sebelum merompak seorang warga asing dalam kejadian di stesen bas di Jalan Pahang di sini pada 9 Feb lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-ditahan-menyamar-anggota-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:43 MYT
Kuala Lumpur, 18 Febuari 2016 - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyamar sebagai anggota polis sebelum merompak seorang warga asing dalam kejadian di stesen bas di Jalan Pahang di sini pada 9 Feb lepas. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias dalam satu kenyataan hari ini berkata suspek berusia 36 tahun itu ditahan pada pukul 9 pagi ketika memandu di Bandar Sri Permaisuri di sini semalam. 

"Suspek dipercayai menyamar sebagai anggota polis dan berpura-pura memeriksa seorang warga asing lelaki berusia 26 tahun pada pukul 4 pagi sebelum merompak wang tunai sebanyak RM1,350 daripada mangsa," katanya. 

Beliau berkata pihaknya turut merampas dua buah kenderaan jenis Proton Perdana dan Saga milik suspek. 

"Polis percaya melalui penahanan suspek kita berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya lima kes samun," katanya sambil menambah saringan ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine. 

Hamzah berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - BERNAMA
ArticlePublished 18 Feb 2016 12.48 PMUpdated 15 Aug 2026 7.32 PM