Artikel
Lelaki Ditahan Lepas 24 Jam Curi Motosikal
Seorang lelaki ditahan polis selepas 24 jam mencuri sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran sebuah kebun getah oleh pemiliknya di Yong Peng, Batu Pahat.
Seorang lelaki ditahan polis selepas 24 jam mencuri sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran sebuah kebun getah oleh pemiliknya di Yong Peng, Batu Pahat.
Ekoran pemilik kenderaan itu membuat laporan polis, pihak polis melakukan siasatan dan rondaan. Semasa rondaan dilakukan, polis menjumpai sebuah motosikal yang ditunggang dalam keadaan mencurigakan di sebuah taman perumahan dan menahan motosikal dinaiki pasangan suami isteri.
Hasil pemeriksaan, motosikal itu sama dengan yang dilaporkan hilang berhampiran kebun getah di Yong Peng dan suspek berjaya ditahan.
Sumber : Sinar Harian