Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Ditahan Kira Kira Sejam Selepas Meragut

Published: 19 Jun 2014 2.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Nibong Tebal, 14 Mac - Seorang lelaki yang dikehendaki polis ditahan, kira-kira sejam selepas dia dilapor meragut seorang lelaki di Bukit Tengah di sini, semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-ditahan-kira-kira-sejam-selepas-meragut
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:14 MYT

Nibong Tebal, 14 Mac - Seorang lelaki yang dikehendaki polis ditahan, kira-kira sejam selepas dia dilapor meragut seorang lelaki di Bukit Tengah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat berkata lelaki itu ditahan di Bukit Minyak di sini, selepas polis mengejar kenderaannya sejauh dua kilometer dari tempat dia dikesan di Taman Belibis, Simpang Ampat, pukul 6 petang.

Polis juga terpaksa melepaskan tembakan ke arah kenderaan lelaki terbabit selepas tembakan amaran tidak diendahkan, sebaliknya dia cuba menghimpit kenderaan polis yang mengejarnya, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki berusia 29 tahun itu dikesan di Taman Belibis, Simpang Ampat ketika dipercayai merancang untuk menyamun mangsa lain.

Hasil pemeriksaan terhadap lelaki itu, polis menemui kad pengenalan milik seorang lelaki yang dilapor diragut di Bukit Tengah pukul 5 petang dan enam kad ATM pelbagai bank, katanya.

Shafien berkata kereta yang digunakan lelaki terbabit adalah kereta yang dilapor hilang di Semanggol, Perak pada 3 Mac lepas dan polis turut menemui pelbagai barangan, antaranya parang dan kunci pendua.

"Lelaki terbabit dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu sejak beberapa bulan lepas bersama rakannya berusia 20-an. Kedua-dua mereka memang dikehendaki polis Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata polis kini menggiatkan usaha untuk mengesan rakan lelaki terbabit yang dikenal pasti.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 2.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM