Lelaki Ditahan Jadikan Garaj Sebagai Pusat Judi
Kuantan,
15 Julai - Polis menahan seorang lelaki berumur 54 tahun di kediamannya
dekat Bera semalam selepas didapati menjadikan garaj keretanya sebagai
pusat judi dan menjadi penganjur permainan judi tidak berlesen.
Serbuan
dalam Ops Dadu itu dilakukan pada jam 11.15 malam diketuai Inspektor
Mohamed Izwan Zakariah bersama sepasukan anggotanya dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.
Pegawai
Turus D7 ASP Sampornak Ismail berkata polis mengambil masa seminggu
untuk membuat intipan di taman perumahan berkenaan sejurus menerima
maklumat awam.
Beliau
berkata lelaki itu turut mengumpan kaki judi dengan mengatakan
sebahagian wang dikumpul hasil kegiatan perjudian akan diderma kepada
golongan miskin atau mereka memerlukan.
"Difahamkan,
semakin ramai kaki judi berkunjung ke 'taman kasino' berkenaan maka
wang yang akan diderma itu makin bertambah manakala sebahagian lagi wang
itu akan masuk ke dalam poket penganjur," katanya kepada Bernama ketika
dihubungi di sini hari ini.
Katanya
ketika serbuan dilakukan, polis mendapati 12 kaki judi termasuk wanita
berusia lingkungan 30 hingga 70 tahun sedang leka berjudi sambil
meletakkan wang tunai sebagai pertaruhan dalam kegiatan haram itu.
"Polis
turut merampas 32 buah domino, 15 kerusi plastik, satu meja kayu
bersama 500 keping cip pelbagai saiz dipercayai digunakan kaki judi
untuk bertaruh sesama sendiri.
"Pada
masa sama, polis turut merampas wang tunai sebanyak RM8,555 yang
ditemui di dalam beg penganjur berkenaan dipercayai hasil daripada
kutipan pertaruhan daripada pelanggannya," katanya.
Menurut
siasatan lelaki itu akan menjalankan kegiatan haram itu di mana-mana
kawasan asalkan lokasi yang dituju itu terdapat majlis seperti rumah
terbuka atau sebaliknya.
Sumber : BERNAMA