Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Ditahan Jadikan Garaj Sebagai Pusat Judi

Published: 17 Jun 2014 7.35 AM Updated: 15 Aug 2026 7.44 PM
'Polis turut merampas 32 buah domino, 15 kerusi plastik, satu meja kayu bersama 500 keping cip pelbagai saiz dipercayai digunakan kaki judi untuk bertaruh sesama sendiri...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-ditahan-jadikan-garaj-sebagai-pusat-judi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:23 MYT

Kuantan, 15 Julai - Polis menahan seorang lelaki berumur 54 tahun di kediamannya dekat Bera semalam selepas didapati menjadikan garaj keretanya sebagai pusat judi dan menjadi penganjur permainan judi tidak berlesen.

Serbuan dalam Ops Dadu itu dilakukan pada jam 11.15 malam diketuai Inspektor Mohamed Izwan Zakariah bersama sepasukan anggotanya dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Pegawai Turus D7 ASP Sampornak Ismail berkata polis mengambil masa seminggu untuk membuat intipan di taman perumahan berkenaan sejurus menerima maklumat awam.

Beliau berkata lelaki itu turut mengumpan kaki judi dengan mengatakan sebahagian wang dikumpul hasil kegiatan perjudian akan diderma kepada golongan miskin atau mereka memerlukan.

"Difahamkan, semakin ramai kaki judi berkunjung ke 'taman kasino' berkenaan maka wang yang akan diderma itu makin bertambah manakala sebahagian lagi wang itu akan masuk ke dalam poket penganjur," katanya kepada Bernama ketika
dihubungi di sini hari ini.

Katanya ketika serbuan dilakukan, polis mendapati 12 kaki judi termasuk wanita berusia lingkungan 30 hingga 70 tahun sedang leka berjudi sambil meletakkan wang tunai sebagai pertaruhan dalam kegiatan haram itu.

"Polis turut merampas 32 buah domino, 15 kerusi plastik, satu meja kayu bersama 500 keping cip pelbagai saiz dipercayai digunakan kaki judi untuk bertaruh sesama sendiri.

"Pada masa sama, polis turut merampas wang tunai sebanyak RM8,555 yang ditemui di dalam beg penganjur berkenaan dipercayai hasil daripada kutipan pertaruhan daripada pelanggannya," katanya.

Menurut siasatan lelaki itu akan menjalankan kegiatan haram itu di mana-mana kawasan asalkan lokasi yang dituju itu terdapat majlis seperti rumah terbuka atau sebaliknya.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 7.35 AMUpdated 15 Aug 2026 7.44 PM