Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Ditahan Di Sungai Dua Mempunyai Kepakaran Masak Heroin

Published: 10 Jul 2014 9.23 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pengarah Jabatan Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata siasatan juga mendapati lelaki berusia 48 tahun itu yang ditahan di sebuah rumah yang dijadikan makmal memproses heroin berk..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-ditahan-di-sungai-dua-mempunyai-kepakaran-masak-heroin
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:31 MYT
George Town, 12 Jun - Lelaki yang ditahan Pasukan Khas Tektikal Perisikan Narkotik (Sting) dalam operasi di sebuah kawasan perumahan di Taman Merbau Indah di Sungai Dua, Butterworth awal pagi semalam, mempunyai kepakaran untuk memasak dadah sebelum mengedarnya di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata siasatan juga mendapati lelaki berusia 48 tahun itu yang ditahan di sebuah rumah yang dijadikan makmal memproses heroin berkenaan bergerak sendirian bagi mengelak aktivitinya dikesan polis.

"Siasatan kita mendapati lelaki yang mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah termasuk Akta Dadah Berbahaya 1985 itu mempunyai keupayaan dan kepakaran untuk memproses dadah serta boleh memasaknya."Dia juga bergerak sendirian termasuk mengedar sendiri dadah yang telah diproses itu kepada pengedar di seluruh negara," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya seorang lagi lelaki berusia 54 tahun yang ditahan di Alor Setar, Kedah itu merupakan pembekal bekalan dadah seperti asas heroin yang dipercayai diperoleh dari negara jiran.

Beliau berkata dalam serbuan 2.45 pagi itu, polis merampas 25.5 kilogram (kg) heroin yang telah siap diproses, kafein (67.5kg), asas heroin (1.2kg), syabu (1.2kg) dan 1.2kg cecair syabu dalam sebuah bilik di rumah tiga tingkat berkenaan.Katanya pihaknya turut merampas pelbagai peralatan untuk memproses dadah antaranya ketuhar gelombang mikro, pengisar, pewarna dan perisa makanan serta alatan memasak.

"Semua dadah yang dirampas itu bernilai RM1 juta dan dalam serbuan itu, kita turut menyita lima kereta, dua jam tangan jenama Rolex dan wang tunai RM94,200," katanya.

Beliau berkata dua lelaki itu kini direman sehingga 17 Jun bagi membantu siasatan.

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 10 Jul 2014 9.23 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM