Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Ditahan Bersama 20kg Ganja Di Cherok Tok Kun

Published: 19 Jun 2014 2.57 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
George Town, 14 Mac - Seorang lelaki ditahan bersama 20 kilogram ganja bernilai RM60,000 dalam serbuan di Jalan Kilang Ubi, Cherok Tok Kun dekat sini, semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-ditahan-bersama-20kg-ganja-di-cherok-tok-kun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:57 MYT

George Town, 14 Mac - Seorang lelaki ditahan bersama 20 kilogram ganja bernilai RM60,000 dalam serbuan di Jalan Kilang Ubi, Cherok Tok Kun dekat sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Supt Guan Beng Kang berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditahan ketika sedang menunggu pembeli di tepi jalan itu pada 7 petang.

"Lelaki yang bekerja sebagai buruh itu sedang berdiri di tepi sebuah kereta, dan sebaik anggota polis perkenalkan diri, dia cuba melarikan diri," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata hasil hasil pemeriksaan, polis menemui 20 ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja dalam kereta berkenaan.

Siasatan awal mendapati lelaki itu adalah anggota sindiket pengedaran dadah yang dipercayai aktif di sekitar Pulau Pinang dan Kedah.

Guan berkata lelaki itu aktif dalam kegiatan itu sejak lima bulan lepas.

Dia ditahan reman mula hari ini hingga Khamis depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 2.57 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM