Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Ditahan Bersama 1 080 Botol Minuman Keras

Published: 18 Jun 2014 9.21 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Labuan, 6 Feb - Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan menahan seorang lelaki serta merampas 1,080 botol minuman keras dalam 'Op Landai' yang diadakan di Jalan Pekan Menumbok, di sini malam tadi...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-ditahan-bersama-1-080-botol-minuman-keras
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:02 MYT

Labuan, 6 Feb - Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan menahan seorang lelaki serta merampas 1,080 botol minuman keras dalam 'Op Landai' yang diadakan di Jalan Pekan Menumbok, di sini malam tadi.

Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan polis ke atas sebuah lori menemukan 1,080 botol minuman keras jenis Heineken tanpa cukai yang dianggarkan bernilai RM5,400. Turut dirampas sebuah lori bernilai RM70,000.

Suspek termasuk barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Menumbok untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 167.

Lelaki Ditahan Bersama 1 080 Botol Minuman Keras
Sumber : Pasukan Polis Marin Labuan

ArticlePublished 18 Jun 2014 9.21 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM