Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Ditahan Bantu Kes Warga Iran Maut Dipukul

Published: 05 Jul 2015 5.51 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
George Town, 5 Julai- Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki rakyat Iran maut selepas sehari dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat dipukul sekumpulan lelaki di Jalan Kebun Bunga, di sini Khamis lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-ditahan-bantu-kes-warga-iran-maut-dipukul
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:00 MYT

George Town, 5 Julai- Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki rakyat Iran maut selepas sehari dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat dipukul sekumpulan lelaki di Jalan Kebun Bunga, di sini Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata lelaki berusia 30-an itu ditahan di kawasan Jalan Kebun Bunga kira-kira 11.30 malam pada Jumaat.

"Hasil maklumat yang diperoleh polis, kami menahan lelaki warga tempatan itu bagi membantu siasatan dan dipercayai dia memang selalu berada di kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata polis percaya dengan penahanan lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu, dapat memberi beberapa maklumat berhubung kejadian itu.

Katanya polis juga sedang mengesan beberapa lagi lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan saya juga ingin meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.

Asadollah Nabatikar, 52, yang dimasukkan ke HPP pada Rabu lepas kerana cedera parah di kepala dan dada, disahkan meninggal dunia pada 4.50 petang Khamis di Unit Rawatan Rapi Am hospital itu.

Lelaki itu ditemui dalam keadaan cedera parah di pondok rehat di kawasan Jalan Kebun Bunga oleh orang awam yang kemudian menghubungi ambulans.

Asadollah dipercayai disamun dan dipukul sekumpulan lelaki di kawasan kebun bunga itu pada Rabu dan hasil siasatan polis menemui kesan tompokan darah mangsa di kawasan itu.- BERNAMA

ArticlePublished 05 Jul 2015 5.51 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM