Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Disyaki Pengedar Dadah Ditahan Di Pusat Hiburan Keluarga

Diterbitkan: 26 May 2016 5.24 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.27 PM
Kota Tinggi, 26 Mei 2016 - Polis menahan seorang lelaki disyaki pengedar dadah dalam serbuan di sebuah premis hiburan keluarga di Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, di sini Ahad lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-disyaki-pengedar-dadah-ditahan-di-pusat-hiburan-keluarga
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:29 MYT
Kota Tinggi, 26 Mei 2016 - Polis menahan seorang lelaki disyaki pengedar dadah dalam serbuan di sebuah premis hiburan keluarga di Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, di sini Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata serbuan dilakukan kira-kira 11.40 malam dan polis turut merampas sejumlah dadah daripada lelaki berumur 30 tahun itu.

"Terdahulu, lelaki terbabit yang berasal dari Felda Bukit Easter, Kota Tinggi gagal memberikan dokumen pengenalan diri. 

Pemeriksaan pada tubuhnya kemudian menemui satu beg celoreng hijau dengan di dalamnya terdapat enam paket plastik cerah mengandungi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 102 gram, dua paket plastik cerah mengandungi bahan bentuk kristal disyaki syabu seberat tujuh gram dan sepaket plastik mengandungi tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja seberat tiga gram," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Rahmat berkata kesemua dadah terbabit dianggar bernilai RM8,000 mengikut harga pasaran dan boleh menampung 150 penagih di sekitar Gugusan Felda Waha dan Lok Heng, di sini.

Beliau berkata siasatan awal menunjukkan lelaki itu adalah pengedar dadah di Felda Bukit Waha sejak tujuh bulan lepas dan dia juga mempunyai dua rekod kesalahan lampau bersabit dadah.

Katanya, lelaki terbabit ditahan reman selama tujuh hari sehingga 29 Mei ini mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 26 May 2016 5.24 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.27 PM