Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Disyaki Bunuh Kena Tahan

Published: 01 Feb 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang, maut selepas dikelar oleh rakan lelakinya dalam sebuah kereta di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara - Selatan di Bukit Gantang di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-disyaki-bunuh-kena-tahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:14 MYT

Seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang, maut selepas dikelar oleh rakan lelakinya dalam sebuah kereta di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara - Selatan di Bukit Gantang di sini, semalam.

Mangsa, Nursyuhada Johari, 19, pelajar tahun pertama meninggal dunia selepas dua jam dirawat di Hospital Kuala Kangsar.

Sumber berkata, dalam kejadian pada jam 12 tengah hari itu, mangsa dikatakan berselisih faham dengan rakan lelakinya berusia 25 tahun yang bekerja sebagai tukang masak di Melaka sebelum lehernya dikelar dengan pisau oleh lelaki berkenaan.

SUMBER : BERITA HARIAN

Lelaki Disyaki Bunuh Kena Tahan

ArticlePublished 01 Feb 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM